Sunday, December 30, 2012

keserabutan, kepeningan dan ketentionan

As salam...

tengok tajuk tu pn dah tahukan mcm mana keadaan aku..serius aku betol2 serabut sekarang...tadi aku balik sekejap rumah kak ngah aku sebab nak hantar buku2 dan terus pergi kenduri kahwin rumah mak mertua abg long aku...adik ipar abang long aku kahwin hari ni..masa balik dari kenduri tu, aku naik kereta dengan kak ngah dan mak aku..masa tu keluar lar isu pasal my boy...memang gila dorang nak kami kahwin lepas habis praktikal..dorang ingt kahwin ni benda main2 ker...mcm mana plak my boy nk hadapi family dia...aku buat muka biasa jer tapi dalam hati Allah jer yang tahu betapa aku stress masa tu..dengan esok aku nak exam..hadoi....

salah satu alasan dorang sebab takut aku terlajak..takut jadi benda yang tak baik..memang aku penah keluar ngan my boy tapi benda ni dah lama aku tinggal..kami dah tak keluar sebab masing2 tahu apa hukum dia..kami sedar benda tu dan sekarang kami masing2 tengah cuba berusaha untuk berubah jadi lebih baik..serius aku belum bersedia nak terikat dengan mana2 lelaki tambah nak ada ank..memang aku sayang my boy dan aku suka kanak2 tapi aku tak sanggup lagi nk menggalas tanggungjwab tu...aku tak tahu nak buat apa dah..last2 pjuk punya pujuk, dorang ok jer bertunang dulu lepas praktikal tapi dengan syarat kami duduk jauh dan tak keluar dating...hakikat yang sebenar kalau tak bertunang pn kami dah tak dating...hadoi aku memang tak nak terikat dengan apa2 lagi lar..aku baru 22 tahun kot..huhu..tention gila...sekarang ni tengah usaha buat tak tahu dan buat mcm tak ada apa2..serabut betol lar...

aku tahu sebenarnya family aku pikir untuk kebaikan aku tapi kahwin bkn jalan penyelesaiannya..berapa hari jer lagi aku kat sini...In sya Allah tak akan ada apa2 yang tak baik jadi...aku tahu aku tak cukup matang nk galas tanggungjwab sebagai seorang isteri,ibu dan menantu...harap2 aku dapat penyelesaian yang terbaik untuk ni...

Nasib Seorang Tua...

As salam...

sabtu mggu lepas aku balik rumah kak ngah aku..hari ahad tu kami ada kenduri tahlil dengan open house kat kampung...aku naik bas harian jer nak balik rumah kak ngah aku tu...masa tengah2 perjalanan tu ada lar sorang lelaki tua naik bas..umur dalam lingkungan 90 tahun..pkai tongkat yang dibuat dari rotan...lusuh jer pkaian laki tu...masa aku tengok dia naik bas aku terpikir kat mana anak2 dia...masa tu hari hujan..lagi tambah kesian aku tengok laki tua tu..

masa dalam bas tu laki tua tu duduk depan aku tapi agak jarak lar jugak sebb pntu bas kat tengah2 antara tempat duduk aku dengan pakcik tu...masa conductor bas pegi kat dia mintak duit untuk tambang bas, pakcik tu hulur RM1 kat conductor bas tu tapi harga tiket RM1.20...aku tak dengar apa yang dorang cakap tapi yang pasti pak cik tua tu merayu sebb dia hanya ada RM 1 jer...masa tu aku tengok sampainya hati conductor bas tu mintak jugak 20sen yang memang pak cik tua tu tak ada...aku buka beg aku dan ambil purse aku tapi orang somalia yang duduk agak dekat dengan kerusi pak cik tu dah hulurkan dulu duit RM 1 kat conductor bas tu...

okey cerita ni sebenarnya dah beberapa bulan dalam draft aku tapi aku lupa nak sambung..huhuhu...berbalik pada cerita tu, masa orang somalia tu duk panggel conductor bus tu untuk bayarkan duit tambg pakcik tu, conductor bus tu tak dengar, so aku yang jerit panggel conductor bus tu smbil tunjuk kat orang somalia tu..kira ada berbaki lagi RM0.80,conductor bus tu bagi kat pakcik tu, tapi pakcik tu tak nak dan suruh bagi kat orang somalia tu..masa tu aku nampak sayu sangat muka pakcik tua tu..mungkin dia malu, mungkin jugak dia sedih dengan nasib diri dia...aku yang tengok benda tu pn mengalir gak air mata aku...conductor bus tu Melayu, Islam tapi kenapa tak ada rasa kasihan kat dalam diri tu..kenapa RM0.20 pn nak berkira..tak luak pn duit tu kalau takat bayarkan tambang RM0.20 tu jer...


rasanya pakcik tu nampak lagi tua dari ni...




Rezeki tu ada dimana2..so percayalah pada Allah...makin banyak kita keluarkan untuk sedekah makin banyak Allah bagi rezeki pada kita....

Thursday, December 27, 2012

karma

As salam

mesti semua org tahu kan apa tu karma..aku memang percaya pada karma..kadang2 bila aku kena satu musibah aku akan pkir balik apa kesalahan yang aku dah buat..hari ni aku bukan nk cerita pasal diri aku tapi kawan aku..panggil Ina (bukan nama sebenar) jer kat dye..

sebenarnya aku baru rapat dengan dia sem ni..sem-sem sebelum ni kami takat jumpa tapi buat tak tahu jer...sekali sem ni kami satu kelas dan satu group asgment..start tu aku jadi rapat dengan dia...kami jadi bertmbah rapat lepas dia cerita tentang ex bf (zack) dia dan lepas tu dia suka kat kawan bf aku (syahir)...

tadi tengahari masa aku jalan2 cari barang aku mesej dia, tanya mcm mana keadaan dia sebab malam sebelum tu dia mesej aku tapi memandangkan aku ada exam esok tu, so aku tak berapa layan sangat dia..masa mesej tu dia bagitahu yang kawan bf aku reject dia...dan ex bf dia plak ngah sakitkan hati dia dengan saja nk tunjuk betapa bahagianya dia dengan gf baru dia...masa tu aku agak kesian dengan dia tapi dalam masa yang sama aku rasa memang patut dia rasa mcam tu sebab dia tak sedar lagi kot kesalahan yang dia pernah buat dulu...

dulu sebelum Ina couple dengan Zack, Ina dah ada bf tapi dia tinggalkan bf dia untuk Zack..bagi Ina, Zack cukup sempurna sebab Zack boleh dikatakan agak alim, ada rupa dan tambhan pula Zack satu U dengan kami..kalau nak dibandingkan dengan pakwe dia, Zack ada segalanya...tapi lepas dua tahun Ina couple dengan Zack, Zack tinggalkan Ina untuk perempuan lain..Zack siap cakap lagi Ina tak layak untuk jadi ibu kepada anak2 dia...bila aku dapat tahu pasal tu aku takat boleh senyum sebab aku memang kenal Zack..alim hanya diluar tapi bukan di dalam...

lepas Zack tinggalkan Ina, Ina meroyan kejap sampai ambik pisau suruh Zack bunuh dia, makan panadol sampai dua papan..masa tu Ina rasa mcm nak mati jer...berapa bulan lepas clash baru Ina okey tapi still tak boleh nak lupakan Zack..masa tu Ina baru tahu aku dah ada bf..dia duk puji bf aku baik semua..tapi aku malas nak cakap apa-apa...masa tu Ina dah pasang strategi nk pikat Syahir tapi terlalu memaksa sampai Syahir jadi serabut..lagipun Syahir memang dah tak nak couple2 ni tambah plak dia ni anak mak sama cm bf aku...

bila hari ni Ina mesej aku marah2 sebab syahir reject dia dan Zack plak duk sakitkan hati dia..bagi aku, kalau aku kat tempat Syahir pn aku tak terima dia..risau kot Ina akan tggalkan kita plak untuk laki lain...sebab prinsip Ina untuk jadi lagi baik kita kena couple dengan org yang baik2 supaya kita pn akan berubah jadi baik sebb tu bila Ina jumpa laki yang lagi baik dia sanggup tinggalkan pakwa dia yang dah bertahun couple...sebab tu aku bila Zack tinggal dia and Syahir reject dia aku tak sebelah kat dia 100%..aku tahu Ina perempuan yang baik tapi ada sikit kelemahan yang dia tak sedar dan aku sendiri tak mampu nk sedarkan dia...aku cerita ni bukan untuk burukkan sesiapa tapi untuk kita sama2 berfikir kalau nak buat sesuatu tu...fikir dulu dan jangan hanya pentingkan diri dan salahkan orang lain...

apa yang aku cerita ni untuk jadikan pengajaran kat aku dan siapa2 yang terlalu mencari kesempurnaan sehingga insan yang ikhlas sayang kat kita,kita tak nampak..bersama2 lah berubah untuk jadi lebih baik bukan tinggalkan seseorang yang sentiasa dengan kita untuk seseorang yang kita rasa lebih baik..terimalah segala kekurangan orang lain sebab kita pn tak sempurna..




tq encik Google bagi copy gambar..hehehe

Monday, December 24, 2012

Sesi Photoshoot kat Tasik Darul Aman

As salam...

ok sebenarnya benda ni dah jdi agak lama..kire2 seminggu jugak lar..17/12/2012 tadi..sebelum jadi photoshoot ni macm2 masalah gak ada..tapi aku tak membantu pn dalam buat persediaan untuk bnda ni sebab masa tu aku ada masalah ngan family sikit...so kawan2 aku pn pham pasl bnda ni...

kami bertolak ke Tasik Darul Aman ni dalam pukul 4 petang..kalau nak tahu lagi lanjut tentang tasik tu boleh klik kat situ...masa tu agak letih sebab masing2 baru habis kelas...kereta dan makanan semua kwan2 aku dah stlekan..aku cuma pikir nak pakai baju apa jer masa tu..Tema block..pening kot aku nk pikir nak padan kan dengan baju apa...last2 aku kol member aku tanya pendapat dia..member aku ni memang jenis bergaya sikit..so boleh percayalah benda yang dia cadangkan...habis photoshoot dan makan2 dalam pukul 7 lebih...sebelum balik pergi masjid dulu solat siap2...sampai jer bilik mandi, solat isya dan terus tak ingt dunia..padahal esok tu ada presentation...letih sgt hari tu..tapi tu lar kenangan kami Final Year student...


ni makanan yang ada


ni dah siap edit

ni gambar kami semua..

Al-Fatihah...

As salam...

aku baru sampai U aku mlm semalam..kira hari khamis malam jumaat lar..walaupun orang kata hari jumaat cuti kat sini tapi aku still ada kelas..tapi kelas untuk sijil jer lar...

hari selasa baru ni mak long aku meninggal..ada dalam entry sebelum ni aku cite pasal dia..aku memang rapat sangat dengan dia..terlalu rapat...dia baik sangat...tapi aku tak sempat nk lawat dia masa dia sakit baru ni...masa dia meninggal tu dalam pukul 3.10 ptang..kakak aku kol cakap kalau nak balik kol abg aku cepat..tapi masa tu aku pilih untuk tak balik...bukan aku tak sayang tapi sebab aku sayang lar aku tak ada kekuatan nak tengok dia dalam keadaan dah jadi mayat...tak dapat nk rasa lagi pelukan dia, tak dapat nk dengar gelak tawa dia,tak dapat nak rasa lagi masakan dia...aku betul2 rindukan dia...

aku kol mak aku masa tu aku cakap aku tak nak balik sebab aku tak sanggup nak tengok mak cik aku...mak aku pham jer ank bongsu dia ni mcm mana..kang ada gak yang pengsan kat sebelah mayat tu...tapi jauh kat dalam hati aku,aku nak balik,aku nak ada sama2 dengan keluarga aku...bila aku tanya pendapat my boy,dia lagi suka aku balik rumah tapi kalau aku tak mampu nk hadapi baik tak payah balik...

last2 selasa malam tu aku buat keputusan nk balik..aku gerak pukul 7.30 dan my boy antar smpai alor star...mula tu dia nk antar sampai kampung tapi aku yang tak bagi...takot jdi issue plak nanti...dah tukar beberapa bijik bus sampai lar aku kat kampung dalam 1.30 petang...semua orang terkejut...masa tu jenazah dah siap dikebumikan...so aku tak sempat nk tengok mak long aku...tapi bagi aku tu lebih baik walaupun ada yang rasa ruginya aku tak dapat tengok tapi sebenrnya aku bersyukur sebab tak dapat tengok....

ok entry yang atas ni aku tulis masa 21/12/2012..tapi aku stop tulis sebab air mata tak nak berenti dan aku agak sibuk prepare untuk final aku.. baru hari ni tergerak hati nak smbung balik entry ni...lepas aku balik dari kampung aku still rasa kosong..air mata tak berhenti mengalir...kadang2 pukul 3 pagi aku menangis lagi...tapi yela ajal maut tu kan kat tangan Tuhan..sekarang ni aku sedang cuba belajar menerima takdir Allah untuk kami sekeluarga...


Al-fatihah....

Saturday, December 8, 2012

my final sem

As salam..

hari ni hari aku menangis...rasanya memg dah beberapa hari aku duk menangis dan mungkin tu salah satu sebab kenapa my boy bwak aku smpai ke kuala perlis..

serius untuk beberapa hari ni aku tak boleh nk fokus...mcm2 hal jadi...especially keluarga aku sekarang...27/6/2012 twin mak aku meninggal..dah beberapa bulan pn aku still terasa hilang dia..msa 30/11/2012 pak cik aku meninggal..masa tu aku tengah exam UBS yang inventory punya..masa tu hanya Allah jer yang taw mcm mna perasaan aku masa jawab exam tu...

lpas beberapa hari lpas tu satu lagi cerita yang aku dapat...still pasl family aku..cite ni ase yer xperlu kot aku nk mention kat sini..tapi yang pasti bnda ni betul2 buat aku menangis untuk beberapa hari...

tadi plak aku ada discussion pkul 5 cm tu...memg untuk beberapa hari aku dah down..masa tengah discussion tu my sis kol ckp mak long aku dah tak stabil.. org ckp apa pn dah tak ada response..aku hanya mampu than air mata dari keluar...masa tu aku tak pasti budak2 ni perasan atau tak keadaan aku masa tu...balik tu aku terus ke bus stop...aku memg perlukan masa untuk diri sendiri...aku kol abg mi aku..masa tu memg nanges lar aku...aku tak dapat nk balik sebab hari ahad ni aku ada presentation...aku tak berani nak amik risiko....hanya doa jer yang dapat aku bagi skarang ni...serius..aku makin down...my boy tdi dah siap keluarkan ayat quran duk pujuk aku...tibe2 rasa mcm dengar ceramah agama plak...huhuhu...

ni gambar mak long aku berapa hari lepas...anak dia upload dlam fb..mengalir air mata aku tengok gambar ni...






















Ya Allah,dugaanMu terlalu kuat untukku pada tahun ni...kadang2 aku terlupa setiap dugaan yang aku terima adalah tanda kasih sygMu...semoga aku tergolong dalam orang2 yang sabar dan semoga rahmatMu sentiasa ada dalam keluarga kami..amin..

Friday, December 7, 2012

Kuala Perlis..nyum nyum nyum

As salam...

hari ni aku pergi kuala perlis dengan my boy,zam dan erin...kalau aku cakap sape erin ni mesti korang rasa mcm tak caya kan..tapi percayalah dia ni bekas awek ex aku dulu...maksudnya aku kapel dengan ex aku dlu  dan lepas aku clash ngan ex aku, dia plak kapel ngan ex aku..dan skarang nasib dia same jer dengan aku..dipermainkan..entah mcm mana kami boleh rapat...my boy yang suruh aku ajak erin tu sebab erin rapat gak lar dengan zam..my boy takot zam rasa tak selesa kalau kami bertiga jer..tapi yang kenyataannya my boy taw dah memg nanti mesti aku bosan kalau aku sorg jer perempuan..aku ngan dia bukan jenis berkepit pn...huhuhu

masa hari ahad tu my boy msj aku suruh aku ajak erin pegi kuala perlis makn ikan bkar..aku duk blur nape..aku pelik gak lar..rupe yer dia dah rancang nk bawak aku pegi sana sebab aku tak penah makan kat sana lagi...serius terharu tiba2..hehehe..masa aku ajak erin mula tu mcm2 msalah gak lar timbul..malas aku nk cite kat sini..smpai lar hari nak pergi tu,erin msj aku kata nk ikut..so dalam pukul 6 kami gerak..(lewat sejam sebenarnya kami gerak..budak laki bersiap mengalahkan perempuan...huhu)..

sampai kuala perlis ngam2 masuk waktu maghrib..so kami pegi jalan2 dulu tengok ikan kat kedai2 makan kat situ..last2 kami amik Cita rasa Mona Ikan bakar sebab nmpak agak fresh lar ikan dia...dalam peruntukan RM70 kami dapat ikan jerut panggang,ikan pari panggang, tumis kailan, tomyam daging dan ayam, sotong goreng tepung,ikan jerut tiga rasa dan benda2 sampingan cm air asam,sambal belacan,sos dan ulam...total RM68 sebenrnya..so sorang keluarkan RM16.50 jer..tapi ni tak termasuk air pn..bagi aku dah ckup puas ati..sebab sedap jugak cuma ikan jerut tiga rasa tu agak keras..my boy cakap sebab dorang goreng lama sangat..

dah siap kmi oder makann tu..kami cop meja kat sebelah laut..kira memg best sgt2 duk kat situ..dengan angen dia...dia ada bagi kami nombor dan kami cuma letak kat atas meja nombor tu dan pegi solat..balek dari solat, makanan kami dah siap,so dorang hidang terus jer lar..senangkan tak payah nak tunggu...

masa makan tu masing2 memg menghayati makanan tu betul2..nampak sangat kelaparan..aku memg dah tahap lapar gila dah sebb aku xmkan apa2 pn sebelum pegi situ mau tak lapar...tapi lapar kami pn banyak gak makanan yang terpaksa kami telan...zam lar yang jadi mgsa keadaan kena habiskan semua makanan..my boy dia tak nak paksa makan sebb nanti dia tak boleh nk drive..aku plak tibai sampai licin ikan jerut tiga rasa tu...memg tahap sengkak sangat2 makan tu...heaven sangat...org pn ramai..selamat kami smpai awal..rasa teringin lagi nak pegi...lapar pelak perut ni tetiba...huhuhu..

ok ni kedai makan tu..kita sendiri pilih nak ikan yang mana...

ni makanan dia..agak blur..tangan shaking tibe2...huhuhu

aku suka ikan panggang tu..slurp...lapar tibe2...

ni lar erin...cantikkan pemandangan dia...gambar aku sume xcntik..dah sume jenis tangkap tangan gigil..aku pn xtaw lar nape...huhuhu



Saturday, December 1, 2012

KESABARAN....

As salam...

hari ni aku keluar mkan dominos ngan my boy...roommate tak ada so mkn jer lar dengan dia..masa on the way balik tu biasa lar sesi luahkan apa yang rasa..aku ngan my boy stu group untuk subjek risk and corporate governance..ari rabu ari tu kami kne antar draft..kire group aku pyer asgment dalam 60 lbeh page..tibe2 ari khamis tu lecturer aku tukar guideline..maximum page 30 jer dan ada lar yang kne tmbh and kne buang..memg gle kan..draft yang dia mintak tu sbnryer 99% dah siap sebab dia kte nk mcm tu skali suke2 ati jer tukar guideline..aku dah menangis dah sebab sebelum ni berapa malam aku ngan bdak2 group aku balik pkul 3 pagi semata2 nk siapkan asgment tu..sekali kena buat lain dan antar 12/12 ni..tak ker gila nama dia tu..aku kol my boy nanges2 pasl bnda ni..my boy duk ckp tak rugi pn buat asgment y mula2 tu sebab kami dapat ilmu..dia suruh aku fokus untuk exam ari jumaat tu kira ari semalam lar...tapi masa balik dari dominos ari ni baru lar dia luah kat aku yang dia pn tak puas hati..cett ingtkan memg betol2 dia tak kesah..hadoi lar...

sebenarnya untuk siapkan asgment risk ni terlalu banyak yang dah kami korbankan..macm2 yang kami lalui..dari mula kami kena cari public listed company sampai lar asgment ni dah 99% siap tiba2 kne buat lain...masa mula2 tu kami terpaksa telefon berpuluh2 public listed company tapi kena reject sebab closing akaun n mcm2 lar lagi alsan..last2 aku kol satu company dekat ipoh dan aku dapt..lepas tu aku cari tempat untuk kami menginap dekat perak sekali dengan jalan kesana dan my boy cari kereta untuk kami pegi sana..sebelum nk pergi interview company tu kami kne buat soalan dulu dan email dekat company tu sebab nk bagi orang kat sana prepare mana yang patut dlu..masa ari kami kesana aku ada exam petg tu dan hbis exam patotyer pukul 7 mlm tapi aku keluar awal sebab nak keluar dari U aku sebelum maghrib msuk so boleh lar jamak terus..kami smpai kat taiping dalam 11 malam..memg letih sgt masa tu..esok tu pukul 8 kami dah gerak ke ipoh..aku dengan my boy dan sorg member aku, kami satu kereta..so terpaksa lar member aku tu tahan tengok aku duk gaduh dengan my boy dlam keta masa cri jalan...masa tu memg emosi masing2 tak dapat nk kwal..

dah balik tu masa dalam process nk siapkan asgment tu baru kami perasan ada maklumat yang kami tak dapat..aku selaku orang yang diharapkan kol company tu terpaksa lar kol dan antar email untuk dapatkan maklumat tu...mula2 tu aku tak nak tapi my boy lar duk pjuk2 aku..memg sengal lar dia tu..aku gak yang jadi mangsa...kenapa aku jer yang kena bila nk berckp ngan org atasan ni..hadoi...

lepas dapat information tu lar kami berkampung kat tempat discussion tu smpi lar tiba2 kne tukar guideline..macm kami ni tak ada subjek lain kan..memg aku dah germ sgt..kenapa lar sem last aku jdi mcm ni...rasa cm sabar tu dah hampir ilang...sekarang ni tinggal aku fikir dia lecturer aku jer tp ikhlas untuk belajar tu mcm dah tak ada...



Saturday, November 17, 2012

hari menggila...

As salam...

hari rabu hari tu aku keluar dengan my roommate pegi dekat jitra tu jer...saja jalan2 makan pizza..budak2 U aku ramai yang balik so orang yang belmbak asgment plus jauh dari kampung halaman ni jer lar yang tak balik...kami keluar dari bilik dalam pukul 12 lebih...malas nak keluar awal2 sebab kalau keluar awal pn bkn pizza buka pn...tapi sbenrnya kami dua2 tido balik lepas subuh..penat kot ngadap asgment mlm tdo pn lambt...huhuhu..

masa duk tunggu bas tu memg dah macm2 cara aku duduk..punya lar lmbat bas tu..risau gak tak ada bas..dalam 45 minit baru bas sampai...dan sampi kat pizza tu dalam pukul 1.30 mcm tu lar...tengok orang punya ramai tapi still ada lar meja kosong cuma kami tak ada pilihan dah lar..nak order pizza pn msalah...dua2 duk blur tak taw nak plih apa..last2 aku suruh roommate aku y decide sebab sebelum ni aku yang decide nak makan apa so kali ni biar lar dia plak...tapi bukan takat pizza jer yang kami order yang sampingan pn kami order tapi yang pasti comfirm2 lar bawak balik..mana larat nk habiskan semua tu...makan dua org jer tapi order cm makan 4 orang..nk buat mcm mana kami dua2 dari family yang besar dah biasa order banyak2 ni tapi tak habis..huhuhu..

dah siap makan tu kami gerak pegi Aneka (mall yang paling besar kat jitra ) untuk solat dan jalan2 kat dalam tu...dah siap solat tu kami gerak pegi cari tempat game..memang aku dengan dia duk gila main game...masa kat tempat game tu kami beli token RM10 so dapat 20 lar token tapi dapat extra 2 so total 22 lar..kami main game sekali..kira maksudnya game yang patut main sorang kami main dua orang...yang paling best kami main game lawan2 cm ps 2 tu..aku duk control pergerakan dan roommate aku duk control jurus,sepak terajang semua tu..memang best lar masa main tu..tahap tak ingat dunia..gelak pn cm bnda jer...menang kalah tu lain kira lar...hehehe..tapi segan gak lar orang duk tengok kot kami main game..mesti dorang rasa kami ni cm bnda jer duk gelak gila pas tu main pn tak hape2 jer..tapi apa kami kesah asalkan kami enjoy..

mase balik tu bas penuh..aku dengan my roomate duduk kat cermin depan bas tu...kan ada cm kotak kat cermin tu..kami duduk jer lar..memg tahap pening lar kepala dengan bas tu bawak laju...pak cik yang jge tiket tu duk asik perkena kami jer...sampai kat stu station tu kami suruh pak cik bas tggu kejap sebab kami nak ambik baju roomate aku..kami mintak masa dua minit sebab dekat station tu jer pun tailor yang jait baju roomate aku tu...turun2 tu memg lari laju lar kami berdua pegi ambik baju tu..org tengok pn kami buat tak taw jer...lantak lar asalkan bas tu tak tinggal kami...

dan hari ni aku dengan 10 orang lagi kwan2 aku pegi gunung jerai dengan titi hayun..mula tu kami pegi gunung jerai..ingt nak mandi air terjun tapi air terjun kat situ tak seronok sebab air dye sikit jer...tapi kalau datang untuk sebab kecantikan okey lar kat situ sebab air tu warna merah..dalam air tu ada khasiat akar kayu untuk cantikkan kulit..setengah jam perjalanan naik kereta dari kaki gunung tu ke atas..tambang RM10 untuk trun dan naik..

kami naik sekejap jer..tangkap2 gambar lepas tu ambik keputusan pegi titi hayun..air terjun kat titi hayun cm air terjun biasa jer tapi okey lar untuk relese tension..masa ambik keputusan pegi titi hayun tu sbnryer aku tak kesh pn kalau mandi dekat air terjun gunung jerai tu sebab penat sgt jalan masuk ke dalam tapi disebabkan kawan2 aku semua nak pegi titi hayun so aku on jer lar...titi hayun tu dah tak jauh dari gunung jerai tu sebab still gunung yang sama..aku selaku satu2 nya orang yang ada GPS seperti biasa keje aku penunjuk jalan...

dah sampai titi hayun tu memang ramai sangat orang...may be sebab mase tu dah pukul 1 so orang dah ramai datang...masa kat gunung jerai sebenarnya aku jatuh...batu tu licin..tangan dan kaki aku luka dan lebam..masa kat titi hayun ni pn aku jatuh gak..kaki aku bengkak terus...kat gunung jerai kaki kiri kat titi hayun kaki kanan plak..aku tak taw lar aku salu injured kalau pegi tempat2 macm tu..

balik tu kami pegi makan kat pizza kejap pas tu trus balik..aku sampai U aku dalam pkul 7.20..pukul 8 aku ada discussion..memang letih sangt tapi seronok lar hari ni..aku berenang puas2 tadi sampai masuk lar air dalam hidung dengan telinga...




ni kat atas gunung jerai
yang ni pun sama
ni daerah yan..cantikkan kwasan tu...

ni masa baru sampai..masing terpegun tengok pemandangan
ni masa nak cari tandas nak tukar baju untuk mandi..
ni bungan apa taw member aku sebut tadi...cantik sangt bunga ni..hp tak canggihkan so tak berapa nampak lar kecantikan bunga ni...huhu
ni gambar member aku duk tangkap gambar sendiri..hahaha
okey ni air terjun kat titi hayun...sejuk sangat air ni...







rindu air terjun telaga tujuh kat langkawi...









Wednesday, November 14, 2012

salahkah menjadi cantik??

As salam..

ok memandangkan aku dah bosan mengadap asgment so aku update lar kejap blog aku ni..tajuk atas tu tak ada kaitan pn dengan aku..aku just nak cerita tentang kawan baik aku..aku paggil dia Nani..nNani ni memg baik bagi aku lar..ramai gak kwan2 dia..jenis kuat ketawa,bukan pemarah dan bila dia marah dia cepat sejuk..kalau ada orang dapat buat dia betol2 marah memg hebat lar orang tu...bagi aku dia memg bertuah dilahirkan cantik semulajadi..kulit putih,mata bulat dan bibir pn merah..kire dia ni tak payah pakai make up pn dah cantik...

orang selalu rasa dia bertuah tambah plak dia anak bongsu lagi lar orang rasa dia bertuah...tapi aku kwan baik dia jadi aku taw apa sebenryer yang dia rasa...dia dah ada pakwe dan bagi aku pakwe dia tu kategori biasa2 jer.aku panggil pakwe dye tu Is..dia memg syg lar kat pkwe dia tapi masalahnya sekarang pakwe dia macm tak berapa percaya kat dia...mcm selalu marah dia kalau ada lelaki yang minat kat Nani ni...kadg2 aku kesian tengok Nani duk gaduh ngan pakwe dia untuk bnda yang dia tak buat..

baru ni Nani nanges teruk aku pelik lar nape sebab baru siang tu dia okey jer..dia cite kat aku yang Is mintak clash..masa tu Nani nk exam tp entah kenapa laki tu tak pikir dulu perasaan Nani yang dia taw perasaan dia..malam tu aku suruh Nani cakap kat pkwe dia boleh tak apa2 hal nanti lepas Nani habis exam..dan esok tu Is  pjuk balik dan tak nak clash ngan Nani..Nani tanya kenapa sebenrnya nk clash dan Is terus terang lar apa sebnryer yang jadi...Is bengang sebnryer bila kwan Is cakap dekat Is yang dye nk adjust Nani..Nani plak layan bese2 jer kwan Is tu sebb dorang bertiga satu group..Nani memg jnes selamba sikit tapi masalhnya Nani ni jenis tak alert...kadg2 ada laki yang syok gila2 kat dia Nani boleh tak perasan..bagi Nani semua tu kwan dan aku taw Nani memg kawan yang baik..

banyak benda jadi kat Nani sebnryer...aku taw memg silap Nani sebb tak alert dengan orang yang suka kat dia tapi Is pn satu dia dah bertaun couple dengan Nani dan tak penah sekali pn Nani curang kenapa lar still tak boleh percaya kat Nani...aku kesian kat Nani sebab ada lar jugak beberapa kwan Is syok kat Nani pas tu Is duk marah2 kat Nani patutnya pegi lar marah kat kwan2 dia tu..dah taw awek org nape nk adjust lagi..adoyai dunia sekarang...

dulu pn aku penah dgar ada pakwe kawan Nani ni duk tackle Nani sampi Nani bwak diri lar sebab takut jadi apa2 kat hubungan kawan dia tu...sbnryer macm2 gak jadi kat Nani ni tapi aku mals nk cerita..kadg2 aku terpikir perempuan lain ada jugak cantik dan diorang pn still kena macm Nani ker???orang cakap bertuah jadi cantik tapi ni lar yang tak berapa bertuah yang aku nmpak...cantik sampi pakwe sendiri tak caya tu yang masalh..kalau ada suami tak taw lar macm mana...adoyai...sian member aku..


bulat mcm ni lar mata Nani dengan warna mata coklat gelap..tapi tebal sikit bulu mata Nani..mix arab Nani tu memg lar cun...hehe puji member sendiri...

Tuesday, November 6, 2012

hari 1st lepas cuti

As salam..
hari ni dah start kelas macm biasa..dan seperti biasa kelas selalu tak berapa nak ramai orang bila hari 1st lepas cuti..hari last sebelum cuti pn sikit gak student yang datang..nmpak sangt gila cuti betul student2 ni..hahaha...hari ni memg kawan2 aku ramai jer datang kelas (dah final sem insaf lar kot) tapi muka sorang2 tak ada mud..standard lar kan baru balik dari kampung...hati semua ada kat rumah lagi...aku jer yang special kes balik awal seminggu so tak ada lar rasa apa2 just aku demam...start mlm smalam aku dah rasa pening2 kepala cmpur dengan badan pans2...pegi kelas pagi tdi pn my boy kol suruh bangun...baik kan dye sanggup kol semata2 nak suruh bangun mandi (hahaha padahal pegi kelas sama2..aku lmbat dye pn lmbat lar)..

kelas aku yang pagi ni wajib pkai kasut..tapi tak ada lar kasut yang betul2 formal kasut kulit bagai tu..kasut yang aku salu pkai pegi kelas tu aku tertinggal dalam kereta kakak aku so terpaksa lar aku pkai kasut kulit yang tggi 2 inci stengah jer tapi satu size besar dri kaki aku..memg tahap tak berapa boleh nk jalan lar..my boy dah bsing2 kat aku masa dalam kereta sebb aku cuai sangt..dah lar dengan demam2 kena bebel lagi..angen jap aku tapi tak ada lar aku marah2 sebb dah betul memg aku cuai...masa duk dalam kereta tu aku duk lpat2 kertas letak kat bhagian kasut tu..memg thap ayu gila lar aku jalan masuk kelas..hahaha..

masa dalam kelas tu aku duk keje betol kan kasut aku jer..laz2 aku ambik kertas perosok dia kat bhagian depan plak...rasa ok lar boleh jalan tapi yang masalahnya aku tak pakai stokin dan memg melecet bhagian belakang kaki aku..

masuk dalam kelas specialize financial accounting and reporting memg jadi makin teruk sakit kepala aku...mgkin sebab subjek yang perlukan kita berfikir semua regulation bagai...member aku duk gelak kat aku sebab ngadap asgment smpai demam2...dah lar balik awal lpas tu dengan tak dapat mkn nasi 4 hari tibe2 demam plak...

kelas terakhir aku untuk hari ni kelas risk and corporate gorvenance..kelas ni aku sama kelas dengan my boy..hbis kelas tu kami stu group discuss pasl interview company yang kami kena buat hari jumaat ni..masa tu keadaan aku agak kacau..ada lar cerita yang jadi msa sebelum cuti...balik dari discussion tu kasut aku lekang tapak dia..dah lar kaki melecet kasut lekang plak..nk tak nak aku suruh kwan2 aku balik dlu dan aku kol my boy suruh datang amik...dia amik terus keluar pegi cari kasut baru..pinjam lar sandle dye kejap..memg rasa mcm pakai kasut mac donald da pn..punya lar besr kasut..aku jalan orang duk pandang jer..aku buat tak tahu jer lar...dengan demm duk cari kasut keliling bndar tu...

balik tu aku diam jer dalam kereta..ada lar terasa sikit dengan my boy tapi sakit kepala tu lebih lagi..dye tyer sakit kepala ker..aku ckp lar tak..memg dah jnes aku lau saket pn aku cakap tak saket sebab aku takut jdi makin teruk sakit tu...dye dah mengamuk kat aku sebb aku diam..laz2 aku sekali mengamuk...aku tak tahu lar apa masalah lau aku diam..aku bising pn dye xnk dengar bila diam bising plak kat aku..hadoi lar...

abaikan meja selerak..hehe..ni international business yang aku exam khamis ni..bru bab 1..hadoi lar..

Thursday, November 1, 2012

Allah tu Maha adil...

As salam..

ni cerita hari semalam yang aku kata nak cerita tu...aku sampi U aku dalm pkul 6ptg mcm tu hari selasa..masa aku sampai tu U memg sunyi sepi..ada lar beberapa orang yang memang tak balik sebab rumah kat sabah or sarawak...aku punya bilik kat paras 3 tapi sebelum ni aku duduk paras 4 dari sem 1 sampai sem 4..jadi aku tak selesa nak mandi kat pars 3..aku mandi lar kat paras 4..masa nak balik mandi tu aku dengar lar bunyi anak kucing kat dalam bilik sorang budak ni..aku ketuk pintu n tarik pemegang pintu tapi bilik tu kunci n bunyi anak kucing tu makin kuat...memang sah lar ank kucing tu dalam bilik tu..aku tanya sorang budak kat toilet tu tuan bilik tu ada ker tak n budak tu ckp bilik tu memg tak ada orang..so makna yer kucing tu dah terperangkap 6 hari da kat dalam tu..aku lari turun ambik kunci bilik aku nk try buka pintu bilik tu kot2 boleh tapi memang comfirm lar tak boleh sebab bukan kunci bilik tu..nak pegi office ari dah malam so memang office dah tutup masa tu...

aku balik bilik aku ambik susu tepung aku letak atas kertas...aku tolak msuk kat bwah pintu tu..masa aku tolak msuk nmpak lar tangan ank kucing tu duk tarik kertas yang aku tolak...aku boleh dengar kucing tu makan susu yang aku bagi tu..memang macam lapar sangat...aku ambik plastik aku letak air kat dalam tu aku tolak masuk..takot dye dahaga..air tu comfirm2 lar tumpah kat lantai sebab ruang yang ada kecik jer..tapi lepas lar kucing tu nak jilat takat atas lantai tu...

esok tu pagi2 lagi aku pegi ketuk bilik tu..nk tengok hidup ker tak lagi kucing tu..kucing tu still lagi bunyi..aku turun pegi office..aku mintak kunci bilik tu cakap ada ank kucing dalam tu..pas tu suka2 ati jer staff tu cakap 'semua officer pegi kursus so tak ada orang nak pegi buka pintu bilik tu'...aku memang angen lar dengar dye ckap cm tu..hbis yang dua orang kat dalam office tu bkn officer ker..xsmpai 5 minit pn lar nk g buka pintu tu..memg tak ada rasa belas kasihan langsung kat kucing tu...aku still berkeras nk buka pintu tu..dye kata aku boleh buka tapi aku kena bertanggungjawab lau ada pape yang jadi kat bilik tu..memg sengal gila lar...tapi aku setuju jer lar sebab dah memang tak ada cara lain dah..nk tunggu tuan bilik tu balik entah2 lagi semggu lebih baru balik..sempat kucing tu mati dlu...aku amik kunci tu dan aku buka..memang kering kucing tu kuar dari bilik....sian aku tengok...

ni anak kucing tu..masa ni duk minta makan kat bilik aku...lepas dia keluar tu punya lama dia minum air..

malam tu rumate aku bertolak nak pergi kem..so memg aku sorg2 lar dalam bilik ni...cafe kami tutup...budak2 tak balik lagi kan...aku memg xmakan apa2 pn hari tu..takat makan honey star jer..lapar tu memg xpyah ckap lar..megi pn aku tak ada...masa aku pegi toilet tu ada sorang budak indian tanya aku cafe kat mall buka or tak..aku ckap lar aku tak taw sebab aku pn xmakan apa2 pn ag...masa tu kalau nak pegi mall agak bahaya sebab dah malam..nk tak nak aku memg kne tggu hari siang baru aku boleh pegi..U aku ni ramai pekrja yang tengah buat bangunan dengan pelajar asing ramai..dah banyak kes jadi so baik aku than lapar dari aku pegi bhayakan diri...tiba2 budak indian tu tanya nak apa2 tak sebab dye nak keluar pegi bandar..aku agak terkejut sebab aku memg tak kenal dye n tak penah bercakap dengan dia tiba2 dye offer diri nk belikan aku makanan..so aku minta jer lar dye beli KFC senang sikit tak payah dye nk tggu lama2...masa tu aku terpkir mesti macam tu lar lega yer perasaan anak kucing tu bila aku bagi dye makan dan aku buka kan pintu bagi dye kuar mcm mana aku budak indian tu belikan makanan untuk aku yang memang aku tengah lapar sangt2...memg Allah tu maha adil kan...Allah hantar aku untuk tolong ank kucing tu dan Allah hantar budak Indian tu untuk tlg aku...masa tu memg aku rasa betapa hebatnya kuasa Allah dan hebatnya apa yang dia telah aturkan...betul lar kata orang rezeki tu ada kat mana2 dan rezeki tu rahsia Allah...










sampai sini sajalah tazkirah aku untuk hari ni..hehehe..sekadar aku nak share cerita..apa yang aku nk sampaikan sebenrnye percayalah kita tak akan penah susah kalau kita menolong sesama makhluk sebab kita sendiri tak sempurna dan masih memerlukan pertolongan dari yang lain...kalau kita susah dan tak ada yang datang membantu mungkin ada bnda yang Allah nk ajar kita atau yang Allah nk ingtkan kita...ni peringtan untuk diri aku jugak... :-)

raya korban yang aku korbankan...

as salam...

tajuk tak boleh blahkan..hahaha..aku dah balik U aku..sbnryer aku cuti smpai hari sbtu ni tapi disebabkan asgment yang berlambak termasuk nak exam lagi aku amik keputusan untuk balik awal kat U..sunyi jugak lar U aku ni sebb rmai yang tak balik lagi dengan aku cafe pn tak buka...memg lapar lar aku kat sini...

raya baru ni aku smpai rumah aku 4.30 pagi...memang rabak lar mata aku masa hari raya tu..aku balik dengan kak ngah,kak cik dan suami kak ngah aku..jalan jem..so memg patotnya boleh smpai dalm pukul 2 pagi kami smpai pkul 4.30..dah sampai tu tak kan nk tido truskan mesti lar kena sembang sikit2 dlu...esok tu dengan mata mengantuk duk kemas rumah bagai...ni lar 1st time raya anak2 perempuan mak aku smpai pagi raya...jadi memg kesian kat mak aku kena buat semua..kakak ipar aku tlg lar jugak tapi terbatas lar sikit sebab sorg ada ank kecik yang tak nak dengan org dan sorg lagi tengah mabuk pregnant..

ni masa tengah jem..aku tak berani nak tidur sebab risau driver tu tertido...

pagi tu aku dah siap solat apa semua aku pegi lar trun dapor nk siapkan apa yang ptot...sekali aku tengok mak dan abah aku buat rumah lagi...adoyai memg hobi buat rumah kot mak abah aku ni...asal kami balik jer mesti ada yang mak abh aku tambah...rumah aku sekarang ni dah jadi tiga tingkat dah...rumah aku rumah kampung jer nk kata besar tu biasa jer kot tapi masalahnya yang duk rumah tu dua org jer...tapi mungkin lar mak abah aku dah puas hidup sush tu yang dia baru nak rasa duduk rumah yang dorang impikan...tapi duk ngadu sunyi..memg lar sunyi...yang tingkat 3 abh yang duduk tgkat 2 mak yang duduk..beranda depan beranda abh dan beranda bwah sekali beranda mak, macam mana lar tak sunyi...

ni bahagian dapor...rumah yang depan yang dekat pintu tu baru siap taun ni...yang baru tu kat tepi sink tu jer..beranda tu lar beranda mak aku....

aku tulis pasal rumah ni bukan aku nk menunjuk ker per tapi serius aku rindukan rumah aku,kawasn rumah aku..rasa tenang sangat kat sana even dlu mse rumah aku kecik jer tapi aku tetap rasa hepi kat rumah ni...

ni kat sebelah rumah aku...masa kecik2 dulu aku suka panjat pokok maggis yang kat belah kanan ni...buah dia banyak...dulu ada pokok belimbing dekt dengan pokok durian blah kanan ni tapi dah mati...selalu bila lepas hujan banyak cendawan tumbuh dekat bwah pokok belimbing tu...aku selalu kutip cendawan tu dengan abg mi aku..lepas tu mak aku masak cendawan tu...rasa hepi sangt mse tu...

hari sabtu tu aku pegi kuantan saja pegi rumah abg lang aku...abg lang aku kena keje ari sabtu tu...sekejap sangt jumpa tu yang kami pegi kuantan tu..kak ipar aku memg suri rumah so tak apa lar ada jugak orang kat rumah..dapat lar lama2 sikit dengan ank2 sedara aku...dah lar sush nk jumpa...hari ahad tu baru kami balik umah aku dan esok tu pkul 5 pagi kami bertolak balik kampung mak aku...mak long aku sakit tu yang cepat2 nak balik...aku tidur semalaman jer kat kampung dan hari selasa tu aku balik U dengan terpaksa naik 4 biji bas..memg kalau dari kampung aku kena naik 4 bijik bas..tak ada bas yang terus ke U aku...memg letih lar....sampai tertidur aku dlam bas tu...selamat senang jer aku dapat bas...hari ni plak ada cite menarik tapi nanti lar aku cite..asgment dah panggil aku suh siap kan..huhuhu...

nyte...




Saturday, October 20, 2012

tersentap....huhuhu

As salam...

                   lama tak update blog..aku busy sangat2 sekarang ni...final year student memg macm ni lar..hidup penuh dengan kejar masa...pagi tadi aku ada kursus protokol dekat hotel dalam U aku ni lar jugak..kursus tu memg wajib untuk pelajar tahun akhir...sedap dapt mkn cken chop..hehehe...tapi yang tak best dye waktu kursus protokol tu aku still buat asgment bila penceramah tu bagi rehat..memg gle betol...balik dari kursus tu terus demam...tapi demam2 pn terpaksa gak ngadap asgment tu sebab kena antar dekat budak group yang combine tu sebelum pkul 3 dan lagi stu asgment sebelum pkul 4..ni belum lagi asgment2 yang aku kne hadapi lepas cuti ni..adoyai..rasa nk menjerit...

                semalam aku exam system untuk buat akaun ni..nama dye UBS.. dye ada 3..accounting,inventory dan payroll. yang ari smalm aku amik untuk accounting. sebryer aku dah amik mse sem lpas tapi masa aku duk buat tu system tu buat hal..data yang aku msukkan tbe2 ilang...may be masalah kat lap top aku sendiri..dan mse nk backup dan antar dekat lecturer tu pn ada msalah..file yang aku antar tu sbnryer kosong..dan aku taw jer bnda tu tapi aku xboleh nk buat apa...aku dah cuba sedaya upaya dan yang pasti aku taw aku boleh buat sbnyer sebb aku yang duk ajar kawan2 aku...bukan nk bangga diri..

                   tapi sebelum aku amik exam tu dalam ari rabu cmtu aku bgitaw jer yang aku amik lain exam tu dekat kawn2 aku.. tapi mse tu agak germ gak aku ngan dorg sebab tbe2 dorg ckap 'alia jgn kalut sgt cm sem lpas ni duk kalut sgt jer'..mse tu aku memg angen sebb byangkan mse aku amik exam tu dlu aku msukkan data lap top aku wat hal selama stu jam setengah..mne lar aku xkalut pas tu..tapi yang menyakitkan lagi hati sbnryer exam tu open book dan boleh bincg dengan memb2 aku...semua yang kwan2 aku jwab tu sebnryer jwapan aku...mse tu nk jer aku ckp dorg memg xsedr diri..aku taw dorg lulus dan aku failed tapi tlg lar jgn lupa jwapan yang dorg buat tu semua dari aku...ni seolah2 buat mcm semua salah aku..serius aku memg sentap gle ngan dorg...xsgka bnda tu akan keluar dri mulut dorg sedangkan mse bnda tu jadi kat aku dorg ada dengan aku duk tanya jwapan..bkn nk tlg aku elokkan balek lap top aku ni...hadoi yai...

                 aku xnk mengunkit sebb bnda dah lpaskan tapi bila dorg ckp cm tu aku jdi sket ati..aku jdi mcm kenapa lar kwan sndiri sggup ckp cm tu..mungkin betul niat untuk nasihat aku ker per tp dorg taw keadaan sbnr aku sem lpas cmane...kenpa lar xnk pham...aku ngadu kat my boy pasl ni dan my boy ckp biar jer dorg tu sbb dorg memg xmatg...my boy ckp jgn amik ati sgt lar...hm...the moral of the story aku xamik exam ari yang sme untuk inventory dengan dorg...good luck lar nk study sndiri bnda tu...(tiba2 rasa mcm kejam jer ayat tu)..

                    exam semalam arap2 ok sbb xad msalh per dah dengan lap top aku ni...exam tu dari pkul 8.30-12.00 tapi aku dah cyap dalm pkul 10..aku suh lecturer aku backup sebb aku dah fobia dengan backup2 ni...dah siap antar tu mula lar sesi bdak dalm kelas tu menggunakan aku...3 org aku tlg jwabkan exam..yang perempuan sorg tu bkn budak akaun memg nampak terkial2 lar nk buat dan budak laki dua org lagi kawan my boy..my boy ckp dorg dua org tu buta komputer..hahaha jahat gle ayat..aku tak ada lar tlg jawab spenuhnya juz tlg transaction yang mcm sush sikit...yang kwn2 my boy aku tu aku tlg buatkan mse tu sebb tggal setengah jam lagi nk hbis masa...memg kesian lar kalau xsempat hantar terus failed...tapi aku rasa mcm jhat jer..rasa mcm tipu sijil budak2 tu...kalau nanti dorg g interview tunjuk sijil tu dan tbe2 dorg xtaw nk buat cemane..adoyai..salah aku ker tu..huhuhu



ni lar system ubs tu..ni dah siap so trial balance tu dah imbang...aku saja tunjuk yang trial balance jer...sgt enjoy sbnryer buat bnda ni..may be sebb aku suka system2 ni...






















sebenarnyakan mse kelas ubs yang bru ni aku xpegi pn...aku just refresh balek jer yang aku blajar sem lepas...betol kte my boy ilmu tu lbih penting dri sijil...

Tuesday, October 2, 2012

he is my best friend...

As salam...

                         hehehe...mcm xhape hape jer kan tajuk tu...saje2 jer aku nak cerita pasal kawan baik aku sorang ni...kami kenal msa sem 1 lagi sebab kami satu kelas..semua subjek kami satu kelas sebab number matrik kami dekat2..masa sem 1 U yang uruskan subjek apa yang kami kena amik..msuk sem 2 kami kena buat sendiri...masa sem 1 aku tak suka dia sebab cara dia macam kerek..dia pun tak suka aku masa awal2 masuk tapi entah mcm mana kami boleh jadi rapat...banyak yang kami cerita cuma satu benda yang kami tak kongsi...kami tak kongsi siapa orang dalam hati kami...

                          akhir sem 1 tiba2 dia jauhkan diri dari aku tapi aku xtaw kenapa...msa tu memg aku sedih dengan dia...dia orang yang pham aku kat sini tiba2 dia jauhkan diri dari aku...masa tu aku cuba cari jwapan tapi aku tak dapat2 apa2 pn sampai lar sem 2 dia bagitahu aku yang dia dah couple..kira 1st love dia lar kan...masa tu plak aku baru jer clash with my ex...aku hepi dia datang balik dalam hidup aku tapi msalah lain plak yang muncul...awek dia jeles dengan aku..so turn aku plak lari dari hidup dia...

                        masa sem 3 kami jadi rapat balik...tak sampai hati rasanya kalau aku lari lagi dan tak dengar masalah dia..dia clash ngan awek dia dan aku tahu memg waktu tu sangat menyakitkan sebab masa tu aku sendiri dah serik nak couple...masa sem 3 ni yang banyak kami kongsi macam2 sma mcm sem 1 dlu..duk bahan dia gila2...kali ni kami dua2 single dan msa sem 4 dia luahkan perasaan kat aku dan masa tu aku rasa mcm nak pengsan..mcm mana lar kawan baik aku sendiri boleh suka kat aku...agak sush untuk aku bagi jawapan sebb aku sendiri tak ada perasaan apa2 dekat dia dan masa tu aku fobia lagi dengan lelaki...tapi dia lelaki yang paling aku percaya dan sebab tu aku terima dia..masa aku terima tu aku jujur jer dengan dia yang aku tak ada apa2 perasaan kat dia...dan dia tak desak aku untuk sayang dia...

                      sekarang kami dah sem 7...sem last kami kat U ni...apa perasaan aku kat dia jangan tanya...hehehe...secara jujurnya memang kami mcm couple yang lain..kadang2 kuar makan,jalan2,gaduh,main game..macm2 lar kami buat sama2...tapi percaya tak tiap kali kami jumpa atau gayut dalam phone 90% adalah cakap pasl pelajran...sebab tu kami selalu bergaduh time nk buat asgment..sebb tu aku elak satu group asgment dgan dia....penah jer kami study sambil makn...betul kami ni macam membosankan sebab kat kelas belajar, kuar dating pun still cerita pasl study tapi tu cara kami dan aku suka dengan cara ni..at least aku keluar dengan dia tak ada lar aku keluar kosong jer...

                           walaupun kami couple sekarang tapi dia tetap kawan baik aku yang dulu..yang selalu dengar masalah aku,yang selalu bahan aku...aku hepi dengan hidup aku sekarang just stress belajar jer lar...dan kawan2 aku tak tahu yang kami couple dan aku sendiri yang tak nak dorang tahu...agak penat jugak nak cari masa untuk kwan2,study n my boy...











suka gambar ni...hehehe...















harap nanti habis belajar senang dapat keje dan cepat matang..so boleh lar nk kawen pas tu,,xpyah dah lar nak sorok2...hehehe gatai betol aliya ni...


Saturday, September 29, 2012

setiap ujian tu ada hikmahnya

As salam...

                                     ni aku baru balik dari discussion...agak meletihkan..sem ni paper yang aku ambik tak ada lar seberat sem lepas tapi agak dasyt kelas dia sebab aku dapat lecturer yang agak strict...dalam mggu ni saja banyak pengalamn pahit manis yang aku lalui..tak sangka sem last aku kat U aku ni aku terpaksa lalui semua ni..

                                      hari ahad baru ni group aku kena hentam teruk masa presentation sebab tak capai apa yang lecturer aku tu nak...bayangkan kami dapat task tu dah lama tp guideline nk buat tu kami dapat msa hari ahad petang dan kena present hari rabu..sedangkan hari isnin dan selasa kami still ada kelas dan still ada asgment lain..kami berjaga malam untuk buat semua tu..habis kelas dah berkampung dekat library..tapi lain yang kami present lain plak yang lecturer tanya..lecturer mengharapkan lebih dari tu...kami kena present framework pasl risk..ada 4 framework yang setiap framework tu ada 52 page yang paling sikit...mana lar kami nak ingt semua framework tu...memg sangat2 sadis...tapi betul gak kata my boy nanti masa keje lagi besar dugaan dia..so kami kne terima..memang rasa tak adil tapi tu lar keadaan sebenar bila keje nanti..mgkin lecturer aku saja nak bagi pengalamn tu kat kami bagi kami lebih sedia nak hadapi dunia luar...

                                    balik dari presentation tu kawan2 aku dah menangis...aku plak tahan nangis jer mase tu...my boy ngan Ari (kawan baik my boy+ budak group aku) duk buat lawak bagi kami gelak...kami pegi makn ice cream jap...saje nak release tention...dalam2 gelak2 tu hati masing2 memg susah nak terima apa yang jadi...

                                    malam tu my boy dapat mesej dari budak kelas aku yang lecturer nk jumpa kami..adoyai aku ingt dah stle msalah masa tu tapi entah lar..apa lagi yang kami kena hadapi...esok tu kami jumpa lecturer dan lecturer bagi kami satu lagi peluang untuk kami buat task lain asalkan task yang kami buat tu boleh bagi benefit kat student lain...and now our decision is no more presentation...masing2 dah fobia dan aku sendiri rasa ralat sebab tak dapat membantu sangt..masa present tu aku sampai nk pitam selamt tak tumbg jer lagi...




ni presentation sem lepas..saja letak gambar ni...puan tudung pink tu sangat baik...













semoga hari esok lebih baik...




Saturday, September 15, 2012

Selamat tinggal Oyen

As salam

                           rasa sedih sangat2 beberapa hari ni...baru hari kelmarin tadi aku dapat taw yang oyen dah mati...mati kena langgar..tu pn kwan aku yang jumpa mayat dia..oyen ni kucing dekat U aku..dia tiga beradik satu ayah dan satu mak dan yang laki sekor tu satu mak lain ayah...ni yang aku taw lar...yang aku xtaw mesti lar banyak lagi pasl mak dia tu tiap2 awal sem bunting akhir sem beranak...memg productive betol lar...

                        nama mak oyen tu Timah..lepas tu yang mak sama ayah lain nama dia Abang...yang lagi dua ekor yang sama ayah sama mak nama dia Belang dan kecik..Abang dah mati sem lepas...tapi aku tak terasa sangat sebab masa aku jumpa Abang,Abang dah besar..kira sem lepas aku jumpa dan sem lepas juga dia mati...Abang mati sebab sakit...dia kalah masa gaduh dengan kucing lain...

                     Oyen ni jantan...masa dia kecik comel sangat...dia aktif sangat...masa dia baru pandai jalan,dia jatuh dari tingkat 4 dan mata dia buta...tapi kuasa Allah kan, Abang rajin jilat Oyen lama2 mata Oyen dah boleh nampak tapi jadi juling...Oyen tu aktif sangat..suka kacau Belang dan kecik...kadang2 bila main dengan dia,dia macam pham jer bnda kita cakap...bulu dia bersih sangat...dia pandai jaga diri...

                   dulu tiap2 pagi mesti dengar suara Oyen minta makan...tapi Oyen tu malas..kalau kwan aku bagi makanan dia wat xtaw jer...dia nak kwan aku tu bagi makan betul2 depan dia...dia makan pn panjangkan leher jer bukan nak bangun pn...ramai orang suka kacau dia...balik U baru ni aku cepat2 cari dia tapi tak jumpa...patot lar aku tak jumpa rupanya masa tu Oyen dah mati...mula tu aku ingat orang datang ambil Oyen tapi rupanya Allah yang ambil dia...kesian kat kecik dah tak ada kawan nak main...kecik paling rapat dengan Oyen lepas Abang mati....meh layan jap gambar oyen masa dia hidup dulu...

ni masa musim hujan...Oyen nak menyelit gak tido dalam kotak..

ni oyen tengah tidur...dia memang suka tidur kat selipar orang...cakar selipar orang pn suka gak...

ni waktu yang sama aku tangkap gambar yang 1st tadi...malas nak susun ikut turutan...

ni kecik dengan oyen tengok orang naik tangga...comel jer dorang masa ni...

ni oyen dengan kecik main gaduh2...oyen main memang kasar....kadang2 kecik sampai marah..tapi oyen duk kacau lagi...

ni kecik dah xnak main tapi oyen duk kacau lagi kecik...

ni tengah gaduh lagi dengan kecik....

macam biasa oyen tidur...gemukkan dia...sedap pegang..

selalu lar dia baring ats adik2 dia...dah lar besar oyen ni...

ni lar oyen si mata juling..













rindu sangat sekarang ni kat oyen..rindu nak main dengan dia..(T_T)