Sunday, December 30, 2012

keserabutan, kepeningan dan ketentionan

As salam...

tengok tajuk tu pn dah tahukan mcm mana keadaan aku..serius aku betol2 serabut sekarang...tadi aku balik sekejap rumah kak ngah aku sebab nak hantar buku2 dan terus pergi kenduri kahwin rumah mak mertua abg long aku...adik ipar abang long aku kahwin hari ni..masa balik dari kenduri tu, aku naik kereta dengan kak ngah dan mak aku..masa tu keluar lar isu pasal my boy...memang gila dorang nak kami kahwin lepas habis praktikal..dorang ingt kahwin ni benda main2 ker...mcm mana plak my boy nk hadapi family dia...aku buat muka biasa jer tapi dalam hati Allah jer yang tahu betapa aku stress masa tu..dengan esok aku nak exam..hadoi....

salah satu alasan dorang sebab takut aku terlajak..takut jadi benda yang tak baik..memang aku penah keluar ngan my boy tapi benda ni dah lama aku tinggal..kami dah tak keluar sebab masing2 tahu apa hukum dia..kami sedar benda tu dan sekarang kami masing2 tengah cuba berusaha untuk berubah jadi lebih baik..serius aku belum bersedia nak terikat dengan mana2 lelaki tambah nak ada ank..memang aku sayang my boy dan aku suka kanak2 tapi aku tak sanggup lagi nk menggalas tanggungjwab tu...aku tak tahu nak buat apa dah..last2 pjuk punya pujuk, dorang ok jer bertunang dulu lepas praktikal tapi dengan syarat kami duduk jauh dan tak keluar dating...hakikat yang sebenar kalau tak bertunang pn kami dah tak dating...hadoi aku memang tak nak terikat dengan apa2 lagi lar..aku baru 22 tahun kot..huhu..tention gila...sekarang ni tengah usaha buat tak tahu dan buat mcm tak ada apa2..serabut betol lar...

aku tahu sebenarnya family aku pikir untuk kebaikan aku tapi kahwin bkn jalan penyelesaiannya..berapa hari jer lagi aku kat sini...In sya Allah tak akan ada apa2 yang tak baik jadi...aku tahu aku tak cukup matang nk galas tanggungjwab sebagai seorang isteri,ibu dan menantu...harap2 aku dapat penyelesaian yang terbaik untuk ni...

Nasib Seorang Tua...

As salam...

sabtu mggu lepas aku balik rumah kak ngah aku..hari ahad tu kami ada kenduri tahlil dengan open house kat kampung...aku naik bas harian jer nak balik rumah kak ngah aku tu...masa tengah2 perjalanan tu ada lar sorang lelaki tua naik bas..umur dalam lingkungan 90 tahun..pkai tongkat yang dibuat dari rotan...lusuh jer pkaian laki tu...masa aku tengok dia naik bas aku terpikir kat mana anak2 dia...masa tu hari hujan..lagi tambah kesian aku tengok laki tua tu..

masa dalam bas tu laki tua tu duduk depan aku tapi agak jarak lar jugak sebb pntu bas kat tengah2 antara tempat duduk aku dengan pakcik tu...masa conductor bas pegi kat dia mintak duit untuk tambang bas, pakcik tu hulur RM1 kat conductor bas tu tapi harga tiket RM1.20...aku tak dengar apa yang dorang cakap tapi yang pasti pak cik tua tu merayu sebb dia hanya ada RM 1 jer...masa tu aku tengok sampainya hati conductor bas tu mintak jugak 20sen yang memang pak cik tua tu tak ada...aku buka beg aku dan ambil purse aku tapi orang somalia yang duduk agak dekat dengan kerusi pak cik tu dah hulurkan dulu duit RM 1 kat conductor bas tu...

okey cerita ni sebenarnya dah beberapa bulan dalam draft aku tapi aku lupa nak sambung..huhuhu...berbalik pada cerita tu, masa orang somalia tu duk panggel conductor bus tu untuk bayarkan duit tambg pakcik tu, conductor bus tu tak dengar, so aku yang jerit panggel conductor bus tu smbil tunjuk kat orang somalia tu..kira ada berbaki lagi RM0.80,conductor bus tu bagi kat pakcik tu, tapi pakcik tu tak nak dan suruh bagi kat orang somalia tu..masa tu aku nampak sayu sangat muka pakcik tua tu..mungkin dia malu, mungkin jugak dia sedih dengan nasib diri dia...aku yang tengok benda tu pn mengalir gak air mata aku...conductor bus tu Melayu, Islam tapi kenapa tak ada rasa kasihan kat dalam diri tu..kenapa RM0.20 pn nak berkira..tak luak pn duit tu kalau takat bayarkan tambang RM0.20 tu jer...


rasanya pakcik tu nampak lagi tua dari ni...




Rezeki tu ada dimana2..so percayalah pada Allah...makin banyak kita keluarkan untuk sedekah makin banyak Allah bagi rezeki pada kita....

Thursday, December 27, 2012

karma

As salam

mesti semua org tahu kan apa tu karma..aku memang percaya pada karma..kadang2 bila aku kena satu musibah aku akan pkir balik apa kesalahan yang aku dah buat..hari ni aku bukan nk cerita pasal diri aku tapi kawan aku..panggil Ina (bukan nama sebenar) jer kat dye..

sebenarnya aku baru rapat dengan dia sem ni..sem-sem sebelum ni kami takat jumpa tapi buat tak tahu jer...sekali sem ni kami satu kelas dan satu group asgment..start tu aku jadi rapat dengan dia...kami jadi bertmbah rapat lepas dia cerita tentang ex bf (zack) dia dan lepas tu dia suka kat kawan bf aku (syahir)...

tadi tengahari masa aku jalan2 cari barang aku mesej dia, tanya mcm mana keadaan dia sebab malam sebelum tu dia mesej aku tapi memandangkan aku ada exam esok tu, so aku tak berapa layan sangat dia..masa mesej tu dia bagitahu yang kawan bf aku reject dia...dan ex bf dia plak ngah sakitkan hati dia dengan saja nk tunjuk betapa bahagianya dia dengan gf baru dia...masa tu aku agak kesian dengan dia tapi dalam masa yang sama aku rasa memang patut dia rasa mcam tu sebab dia tak sedar lagi kot kesalahan yang dia pernah buat dulu...

dulu sebelum Ina couple dengan Zack, Ina dah ada bf tapi dia tinggalkan bf dia untuk Zack..bagi Ina, Zack cukup sempurna sebab Zack boleh dikatakan agak alim, ada rupa dan tambhan pula Zack satu U dengan kami..kalau nak dibandingkan dengan pakwe dia, Zack ada segalanya...tapi lepas dua tahun Ina couple dengan Zack, Zack tinggalkan Ina untuk perempuan lain..Zack siap cakap lagi Ina tak layak untuk jadi ibu kepada anak2 dia...bila aku dapat tahu pasal tu aku takat boleh senyum sebab aku memang kenal Zack..alim hanya diluar tapi bukan di dalam...

lepas Zack tinggalkan Ina, Ina meroyan kejap sampai ambik pisau suruh Zack bunuh dia, makan panadol sampai dua papan..masa tu Ina rasa mcm nak mati jer...berapa bulan lepas clash baru Ina okey tapi still tak boleh nak lupakan Zack..masa tu Ina baru tahu aku dah ada bf..dia duk puji bf aku baik semua..tapi aku malas nak cakap apa-apa...masa tu Ina dah pasang strategi nk pikat Syahir tapi terlalu memaksa sampai Syahir jadi serabut..lagipun Syahir memang dah tak nak couple2 ni tambah plak dia ni anak mak sama cm bf aku...

bila hari ni Ina mesej aku marah2 sebab syahir reject dia dan Zack plak duk sakitkan hati dia..bagi aku, kalau aku kat tempat Syahir pn aku tak terima dia..risau kot Ina akan tggalkan kita plak untuk laki lain...sebab prinsip Ina untuk jadi lagi baik kita kena couple dengan org yang baik2 supaya kita pn akan berubah jadi baik sebb tu bila Ina jumpa laki yang lagi baik dia sanggup tinggalkan pakwa dia yang dah bertahun couple...sebab tu aku bila Zack tinggal dia and Syahir reject dia aku tak sebelah kat dia 100%..aku tahu Ina perempuan yang baik tapi ada sikit kelemahan yang dia tak sedar dan aku sendiri tak mampu nk sedarkan dia...aku cerita ni bukan untuk burukkan sesiapa tapi untuk kita sama2 berfikir kalau nak buat sesuatu tu...fikir dulu dan jangan hanya pentingkan diri dan salahkan orang lain...

apa yang aku cerita ni untuk jadikan pengajaran kat aku dan siapa2 yang terlalu mencari kesempurnaan sehingga insan yang ikhlas sayang kat kita,kita tak nampak..bersama2 lah berubah untuk jadi lebih baik bukan tinggalkan seseorang yang sentiasa dengan kita untuk seseorang yang kita rasa lebih baik..terimalah segala kekurangan orang lain sebab kita pn tak sempurna..




tq encik Google bagi copy gambar..hehehe

Monday, December 24, 2012

Sesi Photoshoot kat Tasik Darul Aman

As salam...

ok sebenarnya benda ni dah jdi agak lama..kire2 seminggu jugak lar..17/12/2012 tadi..sebelum jadi photoshoot ni macm2 masalah gak ada..tapi aku tak membantu pn dalam buat persediaan untuk bnda ni sebab masa tu aku ada masalah ngan family sikit...so kawan2 aku pn pham pasl bnda ni...

kami bertolak ke Tasik Darul Aman ni dalam pukul 4 petang..kalau nak tahu lagi lanjut tentang tasik tu boleh klik kat situ...masa tu agak letih sebab masing2 baru habis kelas...kereta dan makanan semua kwan2 aku dah stlekan..aku cuma pikir nak pakai baju apa jer masa tu..Tema block..pening kot aku nk pikir nak padan kan dengan baju apa...last2 aku kol member aku tanya pendapat dia..member aku ni memang jenis bergaya sikit..so boleh percayalah benda yang dia cadangkan...habis photoshoot dan makan2 dalam pukul 7 lebih...sebelum balik pergi masjid dulu solat siap2...sampai jer bilik mandi, solat isya dan terus tak ingt dunia..padahal esok tu ada presentation...letih sgt hari tu..tapi tu lar kenangan kami Final Year student...


ni makanan yang ada


ni dah siap edit

ni gambar kami semua..

Al-Fatihah...

As salam...

aku baru sampai U aku mlm semalam..kira hari khamis malam jumaat lar..walaupun orang kata hari jumaat cuti kat sini tapi aku still ada kelas..tapi kelas untuk sijil jer lar...

hari selasa baru ni mak long aku meninggal..ada dalam entry sebelum ni aku cite pasal dia..aku memang rapat sangat dengan dia..terlalu rapat...dia baik sangat...tapi aku tak sempat nk lawat dia masa dia sakit baru ni...masa dia meninggal tu dalam pukul 3.10 ptang..kakak aku kol cakap kalau nak balik kol abg aku cepat..tapi masa tu aku pilih untuk tak balik...bukan aku tak sayang tapi sebab aku sayang lar aku tak ada kekuatan nak tengok dia dalam keadaan dah jadi mayat...tak dapat nk rasa lagi pelukan dia, tak dapat nk dengar gelak tawa dia,tak dapat nak rasa lagi masakan dia...aku betul2 rindukan dia...

aku kol mak aku masa tu aku cakap aku tak nak balik sebab aku tak sanggup nak tengok mak cik aku...mak aku pham jer ank bongsu dia ni mcm mana..kang ada gak yang pengsan kat sebelah mayat tu...tapi jauh kat dalam hati aku,aku nak balik,aku nak ada sama2 dengan keluarga aku...bila aku tanya pendapat my boy,dia lagi suka aku balik rumah tapi kalau aku tak mampu nk hadapi baik tak payah balik...

last2 selasa malam tu aku buat keputusan nk balik..aku gerak pukul 7.30 dan my boy antar smpai alor star...mula tu dia nk antar sampai kampung tapi aku yang tak bagi...takot jdi issue plak nanti...dah tukar beberapa bijik bus sampai lar aku kat kampung dalam 1.30 petang...semua orang terkejut...masa tu jenazah dah siap dikebumikan...so aku tak sempat nk tengok mak long aku...tapi bagi aku tu lebih baik walaupun ada yang rasa ruginya aku tak dapat tengok tapi sebenrnya aku bersyukur sebab tak dapat tengok....

ok entry yang atas ni aku tulis masa 21/12/2012..tapi aku stop tulis sebab air mata tak nak berenti dan aku agak sibuk prepare untuk final aku.. baru hari ni tergerak hati nak smbung balik entry ni...lepas aku balik dari kampung aku still rasa kosong..air mata tak berhenti mengalir...kadang2 pukul 3 pagi aku menangis lagi...tapi yela ajal maut tu kan kat tangan Tuhan..sekarang ni aku sedang cuba belajar menerima takdir Allah untuk kami sekeluarga...


Al-fatihah....

Saturday, December 8, 2012

my final sem

As salam..

hari ni hari aku menangis...rasanya memg dah beberapa hari aku duk menangis dan mungkin tu salah satu sebab kenapa my boy bwak aku smpai ke kuala perlis..

serius untuk beberapa hari ni aku tak boleh nk fokus...mcm2 hal jadi...especially keluarga aku sekarang...27/6/2012 twin mak aku meninggal..dah beberapa bulan pn aku still terasa hilang dia..msa 30/11/2012 pak cik aku meninggal..masa tu aku tengah exam UBS yang inventory punya..masa tu hanya Allah jer yang taw mcm mna perasaan aku masa jawab exam tu...

lpas beberapa hari lpas tu satu lagi cerita yang aku dapat...still pasl family aku..cite ni ase yer xperlu kot aku nk mention kat sini..tapi yang pasti bnda ni betul2 buat aku menangis untuk beberapa hari...

tadi plak aku ada discussion pkul 5 cm tu...memg untuk beberapa hari aku dah down..masa tengah discussion tu my sis kol ckp mak long aku dah tak stabil.. org ckp apa pn dah tak ada response..aku hanya mampu than air mata dari keluar...masa tu aku tak pasti budak2 ni perasan atau tak keadaan aku masa tu...balik tu aku terus ke bus stop...aku memg perlukan masa untuk diri sendiri...aku kol abg mi aku..masa tu memg nanges lar aku...aku tak dapat nk balik sebab hari ahad ni aku ada presentation...aku tak berani nak amik risiko....hanya doa jer yang dapat aku bagi skarang ni...serius..aku makin down...my boy tdi dah siap keluarkan ayat quran duk pujuk aku...tibe2 rasa mcm dengar ceramah agama plak...huhuhu...

ni gambar mak long aku berapa hari lepas...anak dia upload dlam fb..mengalir air mata aku tengok gambar ni...






















Ya Allah,dugaanMu terlalu kuat untukku pada tahun ni...kadang2 aku terlupa setiap dugaan yang aku terima adalah tanda kasih sygMu...semoga aku tergolong dalam orang2 yang sabar dan semoga rahmatMu sentiasa ada dalam keluarga kami..amin..

Friday, December 7, 2012

Kuala Perlis..nyum nyum nyum

As salam...

hari ni aku pergi kuala perlis dengan my boy,zam dan erin...kalau aku cakap sape erin ni mesti korang rasa mcm tak caya kan..tapi percayalah dia ni bekas awek ex aku dulu...maksudnya aku kapel dengan ex aku dlu  dan lepas aku clash ngan ex aku, dia plak kapel ngan ex aku..dan skarang nasib dia same jer dengan aku..dipermainkan..entah mcm mana kami boleh rapat...my boy yang suruh aku ajak erin tu sebab erin rapat gak lar dengan zam..my boy takot zam rasa tak selesa kalau kami bertiga jer..tapi yang kenyataannya my boy taw dah memg nanti mesti aku bosan kalau aku sorg jer perempuan..aku ngan dia bukan jenis berkepit pn...huhuhu

masa hari ahad tu my boy msj aku suruh aku ajak erin pegi kuala perlis makn ikan bkar..aku duk blur nape..aku pelik gak lar..rupe yer dia dah rancang nk bawak aku pegi sana sebab aku tak penah makan kat sana lagi...serius terharu tiba2..hehehe..masa aku ajak erin mula tu mcm2 msalah gak lar timbul..malas aku nk cite kat sini..smpai lar hari nak pergi tu,erin msj aku kata nk ikut..so dalam pukul 6 kami gerak..(lewat sejam sebenarnya kami gerak..budak laki bersiap mengalahkan perempuan...huhu)..

sampai kuala perlis ngam2 masuk waktu maghrib..so kami pegi jalan2 dulu tengok ikan kat kedai2 makan kat situ..last2 kami amik Cita rasa Mona Ikan bakar sebab nmpak agak fresh lar ikan dia...dalam peruntukan RM70 kami dapat ikan jerut panggang,ikan pari panggang, tumis kailan, tomyam daging dan ayam, sotong goreng tepung,ikan jerut tiga rasa dan benda2 sampingan cm air asam,sambal belacan,sos dan ulam...total RM68 sebenrnya..so sorang keluarkan RM16.50 jer..tapi ni tak termasuk air pn..bagi aku dah ckup puas ati..sebab sedap jugak cuma ikan jerut tiga rasa tu agak keras..my boy cakap sebab dorang goreng lama sangat..

dah siap kmi oder makann tu..kami cop meja kat sebelah laut..kira memg best sgt2 duk kat situ..dengan angen dia...dia ada bagi kami nombor dan kami cuma letak kat atas meja nombor tu dan pegi solat..balek dari solat, makanan kami dah siap,so dorang hidang terus jer lar..senangkan tak payah nak tunggu...

masa makan tu masing2 memg menghayati makanan tu betul2..nampak sangat kelaparan..aku memg dah tahap lapar gila dah sebb aku xmkan apa2 pn sebelum pegi situ mau tak lapar...tapi lapar kami pn banyak gak makanan yang terpaksa kami telan...zam lar yang jadi mgsa keadaan kena habiskan semua makanan..my boy dia tak nak paksa makan sebb nanti dia tak boleh nk drive..aku plak tibai sampai licin ikan jerut tiga rasa tu...memg tahap sengkak sangat2 makan tu...heaven sangat...org pn ramai..selamat kami smpai awal..rasa teringin lagi nak pegi...lapar pelak perut ni tetiba...huhuhu..

ok ni kedai makan tu..kita sendiri pilih nak ikan yang mana...

ni makanan dia..agak blur..tangan shaking tibe2...huhuhu

aku suka ikan panggang tu..slurp...lapar tibe2...

ni lar erin...cantikkan pemandangan dia...gambar aku sume xcntik..dah sume jenis tangkap tangan gigil..aku pn xtaw lar nape...huhuhu



Saturday, December 1, 2012

KESABARAN....

As salam...

hari ni aku keluar mkan dominos ngan my boy...roommate tak ada so mkn jer lar dengan dia..masa on the way balik tu biasa lar sesi luahkan apa yang rasa..aku ngan my boy stu group untuk subjek risk and corporate governance..ari rabu ari tu kami kne antar draft..kire group aku pyer asgment dalam 60 lbeh page..tibe2 ari khamis tu lecturer aku tukar guideline..maximum page 30 jer dan ada lar yang kne tmbh and kne buang..memg gle kan..draft yang dia mintak tu sbnryer 99% dah siap sebab dia kte nk mcm tu skali suke2 ati jer tukar guideline..aku dah menangis dah sebab sebelum ni berapa malam aku ngan bdak2 group aku balik pkul 3 pagi semata2 nk siapkan asgment tu..sekali kena buat lain dan antar 12/12 ni..tak ker gila nama dia tu..aku kol my boy nanges2 pasl bnda ni..my boy duk ckp tak rugi pn buat asgment y mula2 tu sebab kami dapat ilmu..dia suruh aku fokus untuk exam ari jumaat tu kira ari semalam lar...tapi masa balik dari dominos ari ni baru lar dia luah kat aku yang dia pn tak puas hati..cett ingtkan memg betol2 dia tak kesah..hadoi lar...

sebenarnya untuk siapkan asgment risk ni terlalu banyak yang dah kami korbankan..macm2 yang kami lalui..dari mula kami kena cari public listed company sampai lar asgment ni dah 99% siap tiba2 kne buat lain...masa mula2 tu kami terpaksa telefon berpuluh2 public listed company tapi kena reject sebab closing akaun n mcm2 lar lagi alsan..last2 aku kol satu company dekat ipoh dan aku dapt..lepas tu aku cari tempat untuk kami menginap dekat perak sekali dengan jalan kesana dan my boy cari kereta untuk kami pegi sana..sebelum nk pergi interview company tu kami kne buat soalan dulu dan email dekat company tu sebab nk bagi orang kat sana prepare mana yang patut dlu..masa ari kami kesana aku ada exam petg tu dan hbis exam patotyer pukul 7 mlm tapi aku keluar awal sebab nak keluar dari U aku sebelum maghrib msuk so boleh lar jamak terus..kami smpai kat taiping dalam 11 malam..memg letih sgt masa tu..esok tu pukul 8 kami dah gerak ke ipoh..aku dengan my boy dan sorg member aku, kami satu kereta..so terpaksa lar member aku tu tahan tengok aku duk gaduh dengan my boy dlam keta masa cri jalan...masa tu memg emosi masing2 tak dapat nk kwal..

dah balik tu masa dalam process nk siapkan asgment tu baru kami perasan ada maklumat yang kami tak dapat..aku selaku orang yang diharapkan kol company tu terpaksa lar kol dan antar email untuk dapatkan maklumat tu...mula2 tu aku tak nak tapi my boy lar duk pjuk2 aku..memg sengal lar dia tu..aku gak yang jadi mangsa...kenapa aku jer yang kena bila nk berckp ngan org atasan ni..hadoi...

lepas dapat information tu lar kami berkampung kat tempat discussion tu smpi lar tiba2 kne tukar guideline..macm kami ni tak ada subjek lain kan..memg aku dah germ sgt..kenapa lar sem last aku jdi mcm ni...rasa cm sabar tu dah hampir ilang...sekarang ni tinggal aku fikir dia lecturer aku jer tp ikhlas untuk belajar tu mcm dah tak ada...